Friday, May 22, 2009

Exam Terakhir

Assalammualaikum sahabat sejati sekalian,

"EXAM! EXAM! EXAM! yo! yo! tak habis habis exam, sket-sket test, sket-sket test...
asik asik kene tengok notes, kalau notes tu best x per gak, ni penuh tulisan bosan bosan." kater orang yang x suker exam.

"Wahh... esok exam... seronoknyer, kelas x der, x yah belajar, x der jpa, x der kelab... hehe best giler..." kater orang yang suker exam.

"Ahh, esok exam, kener bacer notes ni, cikgu kater kluar topik ni, klu bacer confirm score" kater orang yang tengah tengah.

Walau apapun, yang pastinya semua orang mengingati tarikh exam. tapi sama ada kita sedar atau tidak, kita terlupa akan wujudnya satu hari di mana kita akan diperiksa oleh Allah segala amalan yang telah kita lakukan. Bila? iaitu pada yaumul hisab, hari penghitungan. Allah berfirman,

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ


(On the Day when their tongues, their hands, and their legs will bear witness against them as to what they used to do. Surah AnNur))
Apakah hikmah di sebalik hari penghitungan ini? Berbalik kepada exam... kenapa ada exam? untuk menentukan siapa yang layak dan sesiapa yang tidak layak untuk mendapat sesuatu ganjaran. Contoh mudah, seorang ayah berjanji pada anaknya, kalau result excel, ayah akan bagi hadiah handset nokia 3310. untuk menjustifikasikan kelayakan anaknya mendapat exam, ayahnya gunakan exam.
inilah yang dikatakan sebagai adil. meletakkan sesuatu pada tempatnya. in other words, hari akhirah ini dijadikan Allah sebagai divine justice. Hari di mana Allah menghukum orang yang melakukan kemungkaran dan memberi ganjaran terhadap orang yang taat kepadanya. macam-macam perkara yang tidak adil berlaku di dunia ini. siapa yang akan menghukum mereka jika mereka terlepas hukuman dunia? Allah.
apa yang anda akan jawab, jika saya bertanya "apa yang akan anda lakukan sekiranya anda tahu anda akan mati esok?" mesti rata-rata menjawab, mohon ampun, bertaubat, beribadat etc. status kita hanya ada dua, hidup atau mati. Saya utarakan soalan kedua, "siapa yang yakin dia masih hidup esok?" none of us. Jadi kita sepatutnya hidup setiap hari seumpama kita akan mati keesokan harinya. Akhir kata, jaga hubungan kita dengan Allah, jaga hubungan kita dengan ibubapa, jaga hubungan dengan guru-guru dan orang ramai dan jaga hubungan antara kita. Allah knows best.

1 comment:

malu said...

hrm..
terima kasih