Sunday, January 30, 2011

Pindah :)

Salam,

Jikalau ada apa2,sila post ke group kami di Facebook sbb blog ini sgt jarang dikunjungi.
Facebook lebih mudah sbb semua org main Facebook :).

Jikalau ada apa2 update tentang Batch Ikwanul 15,akan di-inform di Facebook.
Ikhwanul 15 on Facebook

Sekian,Wassalam.


-Che Mat-

Monday, May 10, 2010

Gathering Ikhwanul 15 di PD

Salam sejahtera kepada semua pengunjung,di sini saya sertakan gambar beramai-ramai yang diambil ketika berada di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur.






Wednesday, April 28, 2010

Salam sejahtera kepada akhawat-akhawat Ikhwanul 15,

Ana di sini bagi pihak ajk program gathering kita yang bertempat di Port Dickson ingin memohon keizinan dari pihak banat Ikhwanul 15 untuk menggunakan duit Wafdul Amin banat yang berjumlah RM1500.

Duit tersebut akan digunakan untuk menampung keperluan makan,pengangkutan dan penginapan warga Ikhwanul 15 yang hadir ke program kita ini,baik banin atau banat.

Dengan setulus hati,pihak ajk meminta keizinan pihak banat untuk mengizinkan penggunaan wang tersebut,yang telah diperoleh hasil dari keringat kalian.
Jika ada yang tidak setuju,kita bawalah berbincang dahulu,usahlah terus dibidas pihak ajk.

Wassalam.

Monday, April 26, 2010

Gathering Ikhwanul 15, 2010

Hebahan kepada warga Ikhwanul 15, banin dan banat.


Tarikh   : 5 Mei 2010 (Rabu) - 6 Mei 2010 (Khamis)
Tempat : Sunshine Bay Resort, Port Dickson
Masa    : 8.30am (Rabu) - 6.00pm (Khamis)
Yuran    : RM50 (Pengangkutan, makanan, penginapan, peralatan dll semua termasuk)




Barang-barang yang perlu dibawa
1. Pakaian secukupnya (menutup aurat)
2. Barang peribadi
3. Ubat-ubatan (jika diperlukan)
4. Barang elektronik seperti kamera dan telefon bimbit adalah di bawah tanggungan sendiri.
5. Al-Quran & Ma'thurat 



Objektif program Gathering Ikhwanul 15 2010
1. Merapatkan ukhuwwah antara warga Ikhwanul 15 serta Memberi peluang untuk warga Ikhwanul 15 terus berhubungan dan 'follow-up' dalam jangka masa yang panjang selepas kemasukan ke institut pengajian tinggi.

2. Meningkatkan serta menghidupkan pentarbiyahan dan kesedaran sosial melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

3. Menghidupkan dan mengukuhkan organisasi warga Ikhwanul 15 dalam jangka masa dan panjang.


*********************


1. Pada 5 Mei 2010, berkumpul di SMIAAG pada jam  8.30am. Kita naik bas yang dah disediakan.
Bas ini disewa, dalam dua buah bas. Bertolak pulang dari sana adalah pada jam 2.00pm dan dijangka sampai paling lewat jam 6.00pm.

2. Yuran sebanyak RM50 adalah untuk menanggung segala kos yang diperlukan termasuk pengangkutan (bas), makanan (tempah, bbq), penginapan yang selesa dan aktiviti-aktiviti di sana.

3. Pembayaran yuran boleh dibuat melalui Muhammad Safwan (Banin) dan Tengku Farhanah (Banat) pada hari pendaftaran (5 Mei 2010)

4. Kepada banin dan banat, harap dapat "confirm" kan kehadiran anda untuk Gathering ini supaya bajet penginapan dan makanan dll dapat dijalankan lebih mudah. Untuk banin, boleh 'confirm' kan kepada Muhammad Amin, dan banat kepada Aliyah Shahirah sebelum Khamis ini, (29 April 2010)

Jazakumullah,
Wassalam.

Tuesday, April 13, 2010

ape la nk jadi ngan member2 aku ni.rakan2,mari jadi ghuraba.

Tuesday, February 23, 2010

Sertai PEMUDA KAHFI MENUJU MENARA GADING !!!

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Undangan khas untuk adik-adik tingkatan 5 dan pelajar lepasan SPM....!
(Banat sahaja)

Masih tercari-cari persediaan untuk ke alam baru?
Sudah bersedia melangkah ke satu lagi era baru dalam hidup anda?
Apa halatuju kita bila berada di universiti nanti?

Mahu cemerlang dalam kursus yang diminati sahaja?
Bagaimana pula dengan kecemerlangan dalam pembangunan diri?

Ayuh kita sediakan bekalan untuk melangkah ke alam universiti, agar sentiasa bersemangat melalui hidup baru nanti.. .
JOM SERTAI........

PROGRAM PEMUDA KAHFI MENUJU MENARA GADING
TARIKH :
26 FEBRUARI 2010 (JUMAAT)

TEMPAT :
ADMIN LT4, UIA GOMBAK

MASA :
8.30 pagi - 4.30 petang

PENYERTAAN :
Terbuka kepada
Pelajar Tingkatan 5
Pelajar Lepasan SPM 2009
(Banat Sahaja)
 
BAYARAN:
PERCUMA !!!
PENDAFTARAN DAN PERTANYAAN :
Hubungi
Kak Hijanah (0132229571)
Kak Ili Raihana (0139959980)
Kak Khairiah (0193694633)
(SEBELUM ATAU PADA 25 FEBRUARI 2010)

ISTIMEWA MENANTI:
-Saguhati
-Sarapan, Makanan Tengah hari dan petang
-Pengisian bermotivasi
~ULUL ALBAB, MUKMIN YANG CEMERLANG, SEIMBANGKAN HIDUPMU, KE MANA ARAH TUJUMU?~

~PENGENALAN UNIVERSITI-UNIVERSITI TERPILIH~
-Games penuh inspirasi

 ANJURAN:
KELAB REMAJA AL-QALAM (K-RAQ)


JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI...
GARAPLAH IA SEBAIK MUNGKIN...
SEMOGA IA DAPAT MEMBANTU DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN
AGAR DAPAT MENJADI
PEMUDA KAHFI YANG MENDAPAT REDHA ILAHI!!


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA
WASSALAM

Sunday, January 31, 2010

DAURAH Ikhwanul 15 siri-2

salam kepada semua.
insya-Allah daurah untuk ikhwanul 15 akan diadakan, butiran adalah seperti berikut :

tarikh : 6 dan 7 feb 2010 ( sabtu dan ahad )
masa : 4.30 petang hingga 7.00 pagi
tempat : SMIAAG
yuran : percuma

ana harap ramai yang akan hadir untuk mendekatkan diri kepada Allah, menambahkan ilmu, dan mengukuhkan ukhwah antara kita.

untuk banin sila hubungi rashid dashuki untuk makluman kehadiran

jazakumullah

Tuesday, January 5, 2010

Gathering Bersama Batch 13 (Banat Saja)

Salam kepada semua warga Ikhwanul-15,


Ana nak memaklumkan bahawa,
pada 31 Januari 2010 ini,
akan diadakan Netball Tournament,
sempena gathering bersama Batch ke-13,
semua banat dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.


Jikalau ada masalah,
Hubungi Fatimah Zahrah Badry,
maaf,saya tak tahu number fonnya,carilah sendiri.


Sekian,Wassalam.
(Program banat saja)

Monday, January 4, 2010

Hebahan : Program Untuk Ikhwanul15

Salam kawan2 ku,
Sebagaimana saya diberitahu, ingin juga saya memberitahu
bahawasanya, ada event(daurah) untuk alumni Smiaag
Semoga yang membaca ini memberitahu juga kepada yang lain ya

(Program ini khas untuk kita,orait.)

Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh : 9-10hb Januari 2010 (Sabtu dan ahad)
Tempat : Kompleks Surau Al-Amin
Masa : 4.20pm - 7.00am
Yuran : Antara RM3-5
Kehadiran : Alumni SMIAAG (Ikhwanul Fifteen.)
Pesanan : "Mari berlumba2 ke arah kebaikan... :) "

Jom la datang. Ana pun diberitahu oleh batch kita juga dan apalagi kita promote.
kepada Banin, untuk pengesahan kehadiran anda, silalah sahkan kepada Abd Rashid bin Dashuki,
dan banat pula kepada Hajar binti Zulkifli.

*Jika ada sebarang masalah seperti yuran atau pengangkutan, anda boleh merujuk kepada Abd Rashid (Banin) dan Hajar (banat)

Sekian Terima kasih.
Wassalam

Tuesday, December 29, 2009

Kawan2,

Agama jgn dilupa,
Habis sekolah bukan bererti bebas dari hukum-hakam-Nya.
Sekian.