Salam,
Kepada semua perserta Wafdul Amin 2008,ana mewakili AJK Disiplin bagi program kita ini ingin menyenaraikan peraturan-peraturan dan barang larangan bagi program Wafdul Amin 2008.
----------------
Barang Larangan:
----------------
-Semua barang elektronik kecuali kamera,mp3 dan telefon bimbit. Barang-barang ini dibawah tanggungjawab masing-masing.
-Majalah berunsur politik
-Alat muzik.
-Majalah hiburan
-Bacaan picisan, komik dan novel-novel tidak berunsur Islamik. (rujuk Cg. Fatimah)
-Barang-barang merbahaya seperti racun/mercun dan yang sewaktu dengannya.
-Seluar Jeans
-Seluar ¾ atau seluar Bermuda.(pendek)
-Tudung Bawal
-Alat solek
-Cap
--------
Pakaian:
--------
Semasa program:
-Memakai pakaian yang menutup aurat sepanjang program
-Banat hendaklah sentiasa memakai stokin.
-Tudung yang dipakai hendaklah labuh dan menutup aurat
-Ketika menunaikan solat,para peserta banin wajib memakai baju melayu &
berkopiah/bersongkok.Digalakkan memakai kain pelekat.
-Kesemua peserta hendaklah memakai pakaian yang tidak ketat.
-Para peserta hendaklah memakai baju yang tidak mempunyai
gambar-gambar yang tidak Islamik seperti gambar tengkorak dan sebagainya.
-T-shirt berkolar atau kemeja dan seluar slack (formal)
-Baju Kurung/Jubah/Jubah seluar (formal)
-Seluar trek dan t-shirt (sukan / gotong-royong)
-T-shirt labuh paras lutut dan seluar trek (gotong-royong / sukan)
Didalam rumah:
-Pakaian yang menutup aurat dan sopan bagi banin
-Tudung labuh
-T-shirt labuh paras lutut / baju kurung
-------------------------
Peraturan,Etika dan Adab:
-------------------------
-Para peserta hendaklah memakai name tag yang disediakan sepanjang masa.
-Para peserta hendaklah mematuhi segala arahan yang diberikan.
-Para peserta hendaklah patuh kepada ibubapa angkat mereka.
-Cium tangan dan minta izin mereka sebelum keluar rumah.
-Peserta hendaklah menjaga adab pergaulan bersama keluarga angkat
dan para peserta yang lain.
-Para peserta tidak dibenarkan keluar dari kampung yang ditetapkan kecuali dari keizinan ibubapa angkat atau pihak penganjur.
-Kawasan larangan yang ditetapkan hendaklah dijauhi.
-Motor hanya boleh ditunggang oleh mereka yang mempunyai lesen sahaja.
-Bot hanya boleh digunakan dengan keizinan keluarga angkat dan dibawah jagaan mereka.
-Para peserta hendaklah solat tepat pada waktunya dengan berjemaah bersama keluarga angkat atau di masjid.
-Ketua kumpulan hendaklah mengumpulkan peserta sebelum bertolak menyertai aktiviti yang diadakan.
--------------------
Isu-isu keselamatan:
--------------------
-Laporkan kepada ajk disiplin yang berdekatan jika adanya kehilangan atau kecederaan.
-Laporkan perjalanan bersama keluarga angkat kepada ajk disiplin / guru pengiring / pengarah
-Dilarang berenang di dalam tasik!
--------
Dendaan:
--------
-Mengutip sampah di kawasan tertentu selama 5 minit.
-Membantu ajk-ajk lain dalam persediaan aktiviti dan sebagainya.
-RM 5 untuk setiap kesalahan.
-Mengikut tatabicara ajk disiplin/guru pengiring/pengarah.
(Segala peraturan ini boleh berubah sepanjang program Wafdul Amin mengikut tatabicara pihak penganjur.)
No comments:
Post a Comment