Alhamdulillah, blog Ikhwanul15 ini hampir siap, setelah berpenat lelah mengedit nya. Sepertimana yang anda dapat lihat bahawa terdapat satu header 'Ikhwanul15' di atas, harap anda menyukainya. Tambahan lagi, kepada para designer banner silalah percepatkan proses pembikinan banner anda kerana kita akan mengundi dan membuat poll untuk memilih banner dalam waktu yang terdekat ini InsyaAllah. Dengan blog yang berlayout serba baru ini, jika ada sebarang komen ataupun cadangan, silalah klik butang "kata2 bernas" di bawah setiap post. Dengar bunyi macam ada sesetengah orang yang tak berapa selesa dengan layout yang dipilih. Kita tunggu dan lihat dan diskus tentang ini tak lama lagi. Jumpa lagi, terima kasih.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment