Monday, September 22, 2008

hampir siap

Alhamdulillah, blog Ikhwanul15 ini hampir siap, setelah berpenat lelah mengedit nya. Sepertimana yang anda dapat lihat bahawa terdapat satu header 'Ikhwanul15' di atas, harap anda menyukainya. Tambahan lagi, kepada para designer banner silalah percepatkan proses pembikinan banner anda kerana kita akan mengundi dan membuat poll untuk memilih banner dalam waktu yang terdekat ini InsyaAllah. Dengan blog yang berlayout serba baru ini, jika ada sebarang komen ataupun cadangan, silalah klik butang "kata2 bernas" di bawah setiap post. Dengar bunyi macam ada sesetengah orang yang tak berapa selesa dengan layout yang dipilih. Kita tunggu dan lihat dan diskus tentang ini tak lama lagi. Jumpa lagi, terima kasih.

Wassalam.

Sunday, September 21, 2008

DALAM PEMBIKINAN

HARAP MAAF DIATAS SEGALA KESULITAN DAN KECACATAN. BLOG INI SEDANG DI DALAM PROSES MEMBAIKPULIH, PEMANTAPAN DAN EDITING. DIHARAP AGAR ANDA TIDAK PUTUS ASA DALAM MENGUNJUNGI BLOG INI. JUMPA LAGI.


terima kasih banyak²

Tuesday, September 16, 2008

Promotion!

Salam,

Di sini ada sedikit maklumat tentang apa yang Ikhwanulian tawarkan bagi visitor sekalian.

Services :
Cuci kereta
Mengemas rumah
Kursus mengambil lesen (not available yet)

Items :
Buku 'Rancang Hidup Rancang Wang'
Kurma Iran "Sajad"
Brg2 seharian (jumble sale)(not available yet)



Bg sesiapa yg inginkan service cuci kereta,sila hubungi Aduka (4 Naz)
Bg sesiapa yg inginkan service mengemas rumah,sila hubungi Syamilatun (4 Naz)

Akhir kata,bantulah kami dengan menerima bantuan kami.

Wassalam.

Pengenalan Wafdul Amin 2008

Salam…

Sebagai langkah permulaan, di sini ada disisipkan sedikit sebanyak mengenai pengenalan Wafdul Amin 2008. Pengenalan ini - meliputi objektif, perancangan, tempat, dan tema, telah dibincangkan dan dibentangkan di hadapan ibu bapa. Alhamdulillah, kesemuanya telah dipersetujui, namun terdapat beberapa perkara yang memerlukan kepada perincian yang lebih mendalam. Cernalah kesemuanya dengan hati dan minda yang terbuka supaya yang buntu menjadi tahu, yang mengerti, semakin memahami. Jangan nanti, kalian mendakwa, “kami tak dapat apa-apa info pun mengenai Wafdul Amin…!”

Objektif Wafdul Amin

Memperkasa pembangunan modal insan melalui program anak angkat dan khidmat kebajikan.

Pembangunan modal insan akan dapat diperkasakan apabila para pelajar SMIAA yang tinggal selama beberapa hari di kawasan perkampungan tersebut akan dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai suasana kehidupan masyarakat kampung. Sepanjang berlangsungnya program ini juga, para murid akan dilatih untuk mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang tempoh persekolahan dan mendedahkannya kepada masyarakat setempat. Perkongsian ini akan dapat membina serta membuka minda semua peserta yang terlibat dengan program ini, sekaligus memperkasakan pembangunan modal insan.

Melakukan anjakan minda terhadap para peserta

Para murid SMIAAG yang tinggal di bandar akan terpaksa melakukan anjakan minda apabila melihat kehidupan masyarakat kampung yang rata-rata kehidupannya lebih santai. Murid-murid SMIAAG akan belajar rapat dan mengenali budaya kampung yang diamalkan oleh masyarakat kampung. Budaya seperti semangat kejiranan yang masih diamalkan di kampung akan dapat diperhatikan dengan lebih dekat oleh anak-anak didikan bandar.

Para peserta yang terdiri daripada masyarakat desa pula akan mengalami anjakan minda apabila mereka berinteraksi rapat dengan murid-murid SMIAAG yang rata-rata dibesarkan dalam kancah kehidupan di bandar. Pendedahan ini akan menyebabkan para peserta dari desa dapat mengenali budaya masyarakat bandar yang terkenal dengan kesibukannya, suasana kehidupan yang kompetitif, dan kehidupan yang materialistik.

Di Mana?

Kampung Sumpitan, Lenggong, Perak Darul Ridzuan

Tema?

Charity for All, Good Deeds for All

Apa yang telah dirancang?

Aktiviti yang telah dirancang adalah berdasarkan kepada jumlah dana yang berjaya dikumpul (Rujuk Lampiran Belanjawan). Sekiranya jumlah dana yang berjaya dikumpul berada di bawah RM 33,550.00, aktiviti kemasyarakatan yang bakal dijalankan adalah terhad, iaitu hanya berkisar mengenai asas-asas kebajikan sahaja, seperti gotong-royong, rehlah, dan pertandingan, yang dijalankan di bawah bajet yang sangat rendah.

Sekiranya dana terkumpul adalah di antara RM 33,550 sehingga RM 40,550.00 aktiviti yang bakal dijalankan adalah lebih tertumpu ke arah memperkasakan khidmat masyarakat dan perkongsian yang bakal dijalankan. Pemerkasaan ini dijalankan dengan menambah bilangan dana yang disalurkan untuk aktiviti kemasyarakatan tersebut. Dengan bertambahnya dana yang digunakan, peralatan-peralatan yang digunakan untuk menyerikan lagi aktiviti tersebut akan dapat ditambah. Secara tidak langsung, kesannya juga akan bertambah.

Sekiranya dana yang berjaya dikumpul adalah RM 40,550.00 ke atas, aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan akan lebih menyeluruh. Kesan yang bakal ditinggalkan melalui perkongsian tersebut juga akan bertambah. Setelah tinggal di sana selama beberapa hari, anak-anak desa di sana akan diambil dan dibawa ziarah ke Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman serta mempelajari kehidupan masyarakat bandar. Melalui ziarah ini, program ini mampu mencetuskan kesedaran dan melakukan anjakan paradigma terhadap pelajar-pelajar al-Amin serta anak-anak desa yang terpilih.

Design Banner 'Wafdul Amin 2008'

Salam,

Di sini ana nk menyeru kpd semua ikhwanulian sekalian utk sama2 design banner utk program
Wafdul Amin kita.Bg sesiape yg rase diri die ade idea yg menarik/kreatif,jgn malu2
utk design banner Wafdul Amin 2008 kita.

Di sini ana lampirkan beberapa design yg telah dibuat :

Itu shj design yg ada buat mase ni.
Sesiape yg nk preview design bannernye,sile2lah preview kat blog ni.

Wassalam.

Salamun Alaik ya Akhi wa Ukhti!!

Salam,

Memandangkn blog yg lame dull & x ceria,terhasil le blog bru ni
sbb2 migration blog batch kite ni yg len adelah,wordpress complicated sgt..
susa nk ngedit/ngupdate pper...

Ana akn try recover blk sume post yg ade kat blog lame kite
(yg penting2 je la ea...)

Insya-Allah blog bru ni akan sentiase diupdate dan lebih ceria dri yg lame.Insya-Allah..
Hidup Ikhwanulians!!

Sesiape yg rase die boleh jd moderator bg blog ni,sile2 la mintak kat ana email ngan password.

Wassalam.