Sunday, December 28, 2008

jange nengking!

salam utk semua,
mgkin sbb asek cerita2 pasal pengalaman je, jadi, kite selitkanlah dengan tazkirah2
mgkin ada yang x suka dengan tazkirah(peringatan) tp tu bukanlah
kerja kita nak persoalkan, tp yg penting tugas kita memberi tazkirah itu sendiri
" dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi org yg beriman"

Imam Ghazali berkata:
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya
lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah,
lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula
hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."


Tapi macammane pulak Rasulullah apabila beliau marah? Kemarahannya adalah
kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan
kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan do'anya ini,
iaitu:

"Aku pohonkan kepada Engkau kalimat
kebenaran pada masa marah dan suka."

Maksudnya, Rasulullah tidak berkata kecuali yg benar saje same ade
waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana ada
perkara yg tidak disukai yg menyalahi dari yg benar sebagaimana yg
diajarkan agama atau yg terang-terang dilarang oleh agama.
.
so, bile kite ditimpa ujian yang pahit getir, atau mgkin kita ditegur kelakuan,
janganlah nak melenting x tentu pasal, bawak2 banyak bersabar
ni semua part of the planning dr Allah untuk menguji kita
semakin banyak Allah menguji kita bermakna semakin sayangNya kepada kita
.
" org yg paling gagah serta perkasa/ org yg paling aM ( x de kene mengene ) ialah orang yang dapat mengawal perasaan marahnya "
.
.
-tazkirah ringkas-
"smpaikanlah pesanku walau sepotong ayat"

Tuesday, December 23, 2008

Baharu

Video "Kenangan di Lenggong" yg telah diedit oleh mas syarep.

Tuesday, December 9, 2008

Kerana kita.....

KITA






Road to Wafdul Amin 2008



Misi setahun yang dinanti..
Sudahpun tamat kita titi...
Segalanya hanya untuk berbakti..
Semoga kita sentiasa diberkati...

Memori indah kita bersama..
Tidak bermakna berhenti seketika..
Kerana kita sentiasa bersama..
Jauh di mata, dingati sentiasa..

Wassalam...

Wednesday, December 3, 2008