Monday, November 24, 2008

Khamis ini...

Salam,

Sila rujuk tentatif untuk hari khamis dibawah
bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kemusykilan.


TENTATIF

(8.00 p.m - 11.59 p.m)

-Berkumpul di SMIAAG
-Solat Isya’ berjemaah
-Makan Malam (disediakan)
-Taklimat Guru Penasihat Wafdul Amin ‘08
-Tayangan Video
-Taklimat Program Oleh AJK-AJK

(12.00 p.m)

-Bertolak ke Lenggong Perak


Tentatif penuh tidak dapat diberi atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.Sebarang perubahan akan diberitahu secepat mungkin.Kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai.

Terima Kasih.

Wassalam.

Thursday, November 20, 2008

Perhatian!!!

Salam,

Kepada semua perserta Wafdul Amin 2008,ana mewakili AJK Disiplin bagi program kita ini ingin menyenaraikan peraturan-peraturan dan barang larangan bagi program Wafdul Amin 2008.

----------------
Barang Larangan:
----------------

-Semua barang elektronik kecuali kamera,mp3 dan telefon bimbit. Barang-barang ini dibawah tanggungjawab masing-masing.
-Majalah berunsur politik
-Alat muzik.
-Majalah hiburan
-Bacaan picisan, komik dan novel-novel tidak berunsur Islamik. (rujuk Cg. Fatimah)
-Barang-barang merbahaya seperti racun/mercun dan yang sewaktu dengannya.
-Seluar Jeans
-Seluar ¾ atau seluar Bermuda.(pendek)
-Tudung Bawal
-Alat solek
-Cap

--------
Pakaian:
--------

Semasa program:
-Memakai pakaian yang menutup aurat sepanjang program
-Banat hendaklah sentiasa memakai stokin.
-Tudung yang dipakai hendaklah labuh dan menutup aurat
-Ketika menunaikan solat,para peserta banin wajib memakai baju melayu &
berkopiah/bersongkok.Digalakkan memakai kain pelekat.
-Kesemua peserta hendaklah memakai pakaian yang tidak ketat.
-Para peserta hendaklah memakai baju yang tidak mempunyai
gambar-gambar yang tidak Islamik seperti gambar tengkorak dan sebagainya.
-T-shirt berkolar atau kemeja dan seluar slack (formal)
-Baju Kurung/Jubah/Jubah seluar (formal)
-Seluar trek dan t-shirt (sukan / gotong-royong)
-T-shirt labuh paras lutut dan seluar trek (gotong-royong / sukan)

Didalam rumah:
-Pakaian yang menutup aurat dan sopan bagi banin
-Tudung labuh
-T-shirt labuh paras lutut / baju kurung

-------------------------
Peraturan,Etika dan Adab:
-------------------------

-Para peserta hendaklah memakai name tag yang disediakan sepanjang masa.
-Para peserta hendaklah mematuhi segala arahan yang diberikan.
-Para peserta hendaklah patuh kepada ibubapa angkat mereka.
-Cium tangan dan minta izin mereka sebelum keluar rumah.
-Peserta hendaklah menjaga adab pergaulan bersama keluarga angkat
dan para peserta yang lain.
-Para peserta tidak dibenarkan keluar dari kampung yang ditetapkan kecuali dari keizinan ibubapa angkat atau pihak penganjur.
-Kawasan larangan yang ditetapkan hendaklah dijauhi.
-Motor hanya boleh ditunggang oleh mereka yang mempunyai lesen sahaja.
-Bot hanya boleh digunakan dengan keizinan keluarga angkat dan dibawah jagaan mereka.
-Para peserta hendaklah solat tepat pada waktunya dengan berjemaah bersama keluarga angkat atau di masjid.
-Ketua kumpulan hendaklah mengumpulkan peserta sebelum bertolak menyertai aktiviti yang diadakan.

--------------------
Isu-isu keselamatan:
--------------------

-Laporkan kepada ajk disiplin yang berdekatan jika adanya kehilangan atau kecederaan.
-Laporkan perjalanan bersama keluarga angkat kepada ajk disiplin / guru pengiring / pengarah
-Dilarang berenang di dalam tasik!

--------
Dendaan:
--------

-Mengutip sampah di kawasan tertentu selama 5 minit.
-Membantu ajk-ajk lain dalam persediaan aktiviti dan sebagainya.
-RM 5 untuk setiap kesalahan.
-Mengikut tatabicara ajk disiplin/guru pengiring/pengarah.


(Segala peraturan ini boleh berubah sepanjang program Wafdul Amin mengikut tatabicara pihak penganjur.)

Senarai Peralatan Peserta Wafdul Amin 2008

Salam,

Ana mewakili AJK Teknikal & Peralatan Wafdul Amin 2008 ingin meng'list'kan senarai barang yang perlu dibawa oleh para peserta Wafdul Amin 2008.
(Bilangan barang adalah mengikut keperluan anda)

--------
Pakaian
--------

1 : *Kemeja / T-shirt berkolar **Baju kurung / Jubah
2 : *Baju Melayu
3 : *Kopiah
4 : **Tudung labuh
5 : **Telekung
6 : T-shirt / **T-shirt labuh
7 : Seluar tracksuit
8 : Stoking
9 : Kasut sukan
10 : Selipar / Sandal
11 : *Kain pelekat / **Kain batik
12 : Baju sejuk / Windbreaker
13 : Jaket Wafdul Amin

-----------------
Barang Peribadi
-----------------

1 : Tuala
2 : Berus & ubat gigi
3 : Ubat-ubatan (jika perlu)
4 : Buku nota & alat tulis
5 : Ma'thurat
6 : Torchlight
7 : Duit belanja

*Banin sahaja
**Banat sahaja

KUOTA BARANGAN

- 1 beg balik kampung
- 1 beg galas / sandang



Disediakan oleh :

AJK Teknikal & Peralatan,
Wafdul Amin 2008


Sekian,wassalam.

Thursday, November 13, 2008

Peringatan dari AJK Dana

Salam,

Ana mewakili AJK Dana bagi Wafdul Amin 2008 ingin menyampaikan suatu mesej dari beliau kepada semua warga Ikhwanul 15.

"Bagi sesiapa yang telah menjual buku "Rancang Hidup Rancang Wang", sila berikan duit hasil jualan kepada AJK Dana atau bendahari bagi Wafdul Amin 2008. Bagi sesiapa yang masih tidak menjual buku tersebut, sila pulangkan semula buku-buku yang ada di tangan anda kepada AJK Dana."

-Wassalam-
(Sarcasm)

Tuesday, November 11, 2008

Pengiraan Bajet

Bismillah..
Assalam...

Alhamdulillah...ini bendahari berkata
ada dua perkara.
Yang petama,
Memandangkan hari sabtu ini(15Nov) kita ada program yang bersifat kebersamaan..
Kita ramai2 akan berkumpul..
Maka, pihak bendahari Wafdul Amin ingin meminta daripada Ajk Wafdul Amin,
Bajet yg diperlukan bagi setiap ajk. Insya-Allah hari sabtu ini, semua ajk akan memaklumkan bajet yg diperlukan bagi bahagian tugasan masing2...

Yang Kedua,
Memandangkan Program Wafdul Amin sudah melambai-lambai memanggil kita, maka itu pihak bendahari juga berhasrat untuk mengumpulkan segala kertas atau timah bulat bernilai untuk dibankkan, bagi mengumpulkan segala nilai yang sudah ada. Hal ini untuk memastikan bahawa kita mempunyai jumlah nilai yang tepat bagi menyediakan bajet untuk kita bersama.

Jikalau-itu yang telah tersedia,
Jikalau anda ada pertanyaan, boleh lah dibuat secara online ataupun memberi tindak balas dalam kata2 bernas di sini..
Akhirul Kalam, Terima Kasih tidak terhingga kepada anda semua!!
Salam...

Sunday, November 9, 2008

15 November 2008

Assalamualaikum

Sekilas ucapan tahniah untuk anda semua dari warga ikhwanul-15, yang berada di sana. Alhamdulilllah, setelah beradu tenaga kita bersama dari bulan januari hingga ke saat ini, kita panjat-panjatkan lah kesyukuran kepada Allah, di atas kemudahandan pertolongan yg telah Dia berikan untuk kita bersama menjayakan program Wafdul Amin kita pada akhir bulan ini, Insya-Allah. Syabas dan tahniah untuk anda semua.

Dalam konteks lain, kita warga ikhwanul-15 sudah melangkahi dan hampir mengakhiri tahap Tingkatan Empat, dan mula terbias sedikit-demi sedikit akan keperihalan Tingkatan Lima untuk tahun 2009. Maka itu, pihak Kelab Kelas Tingkatan Empat sudah menggerakkan langkah terawal, menyediakan program Motivasi, penyampainya tidak lain lagi oleh Dr. Aziz, yang telah mencurahkan baktinya utk kita semua pada tahun 2007 yang lepas, akan perihal Penilaian Menengah Rendah (PMR) kita pada tahun lepas.

Oleh hal yang demikian, kami dari pihak warga ikhwanul-15 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami sendiri, yang berusaha bertungkus-lumus menyediakan yang terbaik untuk kami. Penat lelah kalian kami akan cuba membalasnya, walaupun pada hakikatnya pengorbanan kalian adalah jauh berbeza dan terlalu besar, untuk kami tukar gantinya. Akhir kata, akan kami doakan kesejahteraan kalian, keberkatan dan keredhaan hidup kalian. Terima kasih ayah ibu!!

Wassalam..